Jumaat, 4 Mac 2011

Hür Adam: Bediuzzaman Said Nursi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada 7 Januari 2011, sebuah filem bertajuk "Hür Adam: Bediüzzaman Said Nursi" (Free Man: Bediüzzaman Said Nursi) dilancarkan di negara Turki yang memaparkan kisah hidup dan perjuangan tokoh besar Islam, Badiuzzaman Said Nursi. Filem ini diberikan tajuk "Hür Adam" (Free Man) disebabkan kata-kata indah tokoh besar Islam itu (pautan di sini),

"I can live without bread, but I cannot live without freedom".

Saya tidak pasti sama ada filem ini akan ditayangkan di Malaysia atau tidak, yang pasti, tayangannya di negara Turki sendiri melalui perjalanan yang tidak mudah. Antaranya, saya difahamkan bahawa pembikinan filem ini sendiri telah diarahkan untuk disiasat terlebih dahulu sebelum menemui khalayak di pawagam dan diharamkan di beberapa pawagam di Turki (pautan di sini dan di sini).

Macam-macam reaksi yang ditunjukkan terhadap penghasilan filem ini. Ada yang mengatakan bahawa ia menunjukkan bahawa Turki sedang menuju ke arah normalisasi meskipun walaupun ianya 50 tahun lewat (pautan di sini).

Ada pula yang menyimpulkan bahawa tidak seorang pun yang dapat mengapa-apakan seseorang yang dilindungi Tuhan dan tidak seorang pun yang dapat melindungi seseorang yang telah di'tinggal'kan oleh Tuhan (pautan di sini).

Ada juga yang terkesan dengan tema kesatuan dan komuniti yang dipaparkan dalam filem ini (pautan di sini).

Ada yang berpendapat bahawa filem ini telah memberikan peluang yang penting untuk Turki mengenali 'Gandhi' mereka (pautan di sini).

Ada juga yang menyanjung Said Nursi sebagai modernis Islam yang berpengaruh besar terhadap tradisi modernis Islam di Turki (pautan di sini).



Poster-poster daripada laman www.huradam.com.tr


"Trailer" daripada laman www.huradam.com.tr

Antara babak-babak menarik..


















































Alangkah baiknya jika filem-filem sebegini yang memenuhi kaca televisyen kita berbanding rancangan-rancangan "manusia jadian" yang mahukan anak-anak kita percaya bahawa mereka boleh menyanyi, menari, berlakon dan berlawak.

Harapan saya agar filem ini dapat ditayangkan di Malaysia atas anjuran siapa pun, setidaknya oleh pertubuhan-pertubuhan islam yang ada di negara ini.

والله أعلم





Tiada ulasan:

Catat Ulasan