السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya mengucapkan selamat menghayati sejarah Mawlid al-Rasul kepada seluruh pembaca. Semoga kita tidak hanya meraikan kelahiran nabi Muhammad s.a.w secara kalendar tetapi terus berusaha memahami sejarah dan menghidupkan sunnahnya.
Pada kesempatan ini, saya mengajak pembaca sekalian untuk terus menghidupkan sunnah junjungan besar kita, Muhammad s.a.w sebagai tanda cinta dan rindu kita kepada baginda. Terdapat banyak sunnah nabi Muhammad s.a.w yang mudah dan tidak terlalu berat untuk diikuti. Contohnya: -
Bersolat di masjid berdekatan
Lakukan aktiviti secara berjemaah
(Solat, Belajar, Kembara, Riadah, Makan dan lain-lain)
Bersolat tepat pada waktunya
Memberikan senyuman kepada sesama manusia
Membantu saudara yang sesat dalam kegelapan
Mengajak melakukan perkara yang baik dan menghindari perkara munkar
Mengalihkan duri, batu dan tulang daripada laluan orang ramai
Tidak keluar daripada berjemaah
Memimpin keluarga dan masyarakat dengan baik
Menjaga keamanan dan keselamatan
Membaca al-Qur'an
Melawat saudara seIslam yang sakit
Menjaga hubungan kekeluargaan dan silaturrahim
Bercakap benar dan mempertahankan kebenaran
Membaca doa sebelum dan selepas makan
Mudah-mudahan kita diberikan redha ALlah s.w.t dan syafaat RasuluLlah s.a.w kelak. Akhirnya, hayatilah mesej yang cuba disampaikan oleh lagu "The Chosen One", dendangan Maher Zain,
والسلام
Hazim...terima kasih,satu perkongsian ilmu yang baik dan menarik.
BalasPadam