Sabtu, 5 Mac 2011

Minuman Ringan Malt Jenama Fayrouz Diragui?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kebelakangan ini, makan di kedai masakan Arab sudah menjadi trend orang Malaysia. Nasi Arab, daging kambing, kebab dan teh Arab. Ada yang makan masakan Arab sekadar mengubah selera. Ada juga yang cuma ikut-ikut kawan. Ada pulak yang makan kerana takut dikatakan tidak mengikut trend semasa. Paling ramai, sudah tentu mereka yang makan kerana lapar. Yang peliknya, ada segolongan yang biarpun hari-hari makan di restoran Arab, masih tak pandai berbahasa Arab. Mengaji al-Quran jangan ditanya. Menghisap shisha tak payah disuruh, pandai sendiri.

Apa yang membimbangkan saya ialah ada di kalangan kita yang terkeliru antara Arab dan Islam. Ada yang menyangka restoran Arab itu secara automatik halal hanya kerana pengusahanya berbangsa Arab. Maka, tidak perlulah dipersoalkan kehalalan hidangan di situ. Atau kalau pengusahanya Melayu, tak payah ditanya logo halalnya. Kita jangan terkeliru. Yang dikatakan Halalan Tayyiban itu ialah makanan yang Islami, bukan cuma Arab atau Melayu. Pernah seorang kawan dengan bangga berkata kepada saya bahawa dia berketurunan Arab. Lalu saya pun menjawab, "Abu Jahal dan Abu Lahab itu pun orang Arab juga!" Langsung dia kelu tidak terkata. Sepatutnya dia berbangga kerana datang daripada susur galur keturunan RasuluLlah s.a.w, bukannya hanya kerana berketurunan Arab.

Maka ini saya sampaikan sedikit maklumat dengan saudara-saudari yang menggemari minuman ringan malt jenama Fayrouz yang selalunya dijual di restoran-restoran Arab.

Dijual dalam botol atau tin
Pelbagai pilihan perisa

Minuman ini dikeluarkan oleh Fayrouz International yang mempunyai ibu pejabat dan pusat pengeluaran dan teknologi bertempat di Bulle, di kawasan Gruyere, Switzerland (pautan di sini).

Maklumat produk
Kandungan produk
Soal jawab produk
Sekarang, cuba anda teka siapakah pemilik sebenar Fayrouz International?


Mungkin tersalah taip? Tidak.

(Pautan di sini)

Jenama Fayrouz diperolehi Heineken melalui pembelian Al-Ahram Beverages Company (ABC). (pautan di sini)


(Pautan di sini)

Fayrouz merupakan produk Al-Ahram Beverages Company
 (Pautan di sini)

Lihatlah, betapa Heineken sangat berjaya di Afrika dan di Timur Tengah. (pautan di sini) 


Saya tidak berani untuk menyatakan bahawa minuman ini haram kerana saya bukanlah mufti atau mujtahid. Tambahan pula, hak untuk menghalalkan dan mengharamkan sesuatu itu merupakan hak mutlak ALlah s.w.t. Dosa mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram itu sama seperti melakukan syirik.

Cukuplah dengan saya menyatakan bahawa adalah lebih baik minuman ini dijauhi kerana wujudnya syubhah (keraguan) pada tujuan dan sumber modalnya serta wujudnya tohmah berkenaan kaedah pembuatannya. Marilah kita renung hadis RasuluLlah s.a.w,
إن الحلال بين والحرام بين وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام كالراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ألا وإن لكل ملك حمى ألا وإن حمى الله محارمه ألا وإن في الجسد مضغه إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب
"Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya ada perkara-perkara syubhat, Kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga diri dari perkara syubhat tersebut, maka dia telah menjaga agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam perkara syubhat, maka dia jatuh kepada hal yang haram. Seperti seorang pengembala yang mengembala di sekitar daerah larangan, lambat laun akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah, setiap raja memiliki daerah larangan, sedangkan daerah larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, dia adalah hati."
 
والله أعلم

Jumaat, 4 Mac 2011

Hür Adam: Bediuzzaman Said Nursi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada 7 Januari 2011, sebuah filem bertajuk "Hür Adam: Bediüzzaman Said Nursi" (Free Man: Bediüzzaman Said Nursi) dilancarkan di negara Turki yang memaparkan kisah hidup dan perjuangan tokoh besar Islam, Badiuzzaman Said Nursi. Filem ini diberikan tajuk "Hür Adam" (Free Man) disebabkan kata-kata indah tokoh besar Islam itu (pautan di sini),

"I can live without bread, but I cannot live without freedom".

Saya tidak pasti sama ada filem ini akan ditayangkan di Malaysia atau tidak, yang pasti, tayangannya di negara Turki sendiri melalui perjalanan yang tidak mudah. Antaranya, saya difahamkan bahawa pembikinan filem ini sendiri telah diarahkan untuk disiasat terlebih dahulu sebelum menemui khalayak di pawagam dan diharamkan di beberapa pawagam di Turki (pautan di sini dan di sini).

Macam-macam reaksi yang ditunjukkan terhadap penghasilan filem ini. Ada yang mengatakan bahawa ia menunjukkan bahawa Turki sedang menuju ke arah normalisasi meskipun walaupun ianya 50 tahun lewat (pautan di sini).

Ada pula yang menyimpulkan bahawa tidak seorang pun yang dapat mengapa-apakan seseorang yang dilindungi Tuhan dan tidak seorang pun yang dapat melindungi seseorang yang telah di'tinggal'kan oleh Tuhan (pautan di sini).

Ada juga yang terkesan dengan tema kesatuan dan komuniti yang dipaparkan dalam filem ini (pautan di sini).

Ada yang berpendapat bahawa filem ini telah memberikan peluang yang penting untuk Turki mengenali 'Gandhi' mereka (pautan di sini).

Ada juga yang menyanjung Said Nursi sebagai modernis Islam yang berpengaruh besar terhadap tradisi modernis Islam di Turki (pautan di sini).



Poster-poster daripada laman www.huradam.com.tr


"Trailer" daripada laman www.huradam.com.tr

Antara babak-babak menarik..


















































Alangkah baiknya jika filem-filem sebegini yang memenuhi kaca televisyen kita berbanding rancangan-rancangan "manusia jadian" yang mahukan anak-anak kita percaya bahawa mereka boleh menyanyi, menari, berlakon dan berlawak.

Harapan saya agar filem ini dapat ditayangkan di Malaysia atas anjuran siapa pun, setidaknya oleh pertubuhan-pertubuhan islam yang ada di negara ini.

والله أعلم